The Journey. Not the destination.
"The journey itself is destination"
(Semenjak 25-Jun-2007 - rujuk siratan pertama pada 25-Jun-2007)
Keutamaan penulisan (juga dikenali sebagai siratan) dalam blog ini adalah bersekitar kepada Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan (OSH) dan juga Persekitaran dengan sampingan topik-topik lain.
Wassalam
lukmanw@uum.edu.my
Nota kecil (tetapi penting); apa yang tersurat dan tersirat dalam ruangan ini adalah semata-mata pandangan dan pendapat penulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan, rujukan, pengajaran dan nasihat dari sumber-sumber tertentu yang mungkin dinyatakan ataupun tidak tetapi tidak mengambarkan atau mewakili mana-mana organisasi yang disertai oleh penulis. Harap maklum.


Disebabkan kekangan saiz blog ini, gambar-gambar (jika ada) hanya di-upload-kan untuk bulan keluaran yang sama sahaja.
17
March 2008 Monday @ 10:07:41 pm
NOTIS PINDAH RUMAH
Kepada semua penghujung blog yang dihormati.
Sukacita dimaklumkan berkuatkuasa serta merta, weblog ini akan berpindah ke perumah baru di alamat;
http://oshthejourney.blogspot.com/
Perumah yang lebih "user-friendly" ini membolehkan intraktif antara penyirat blog ini dengan penghujung. Langkah pemindahan ini juga dibuat setelah mendapat respons dari penghujung-penghujung.
Blog OSH The Journey akan memuatkan siratan yang hanya berkisarkan OSH, Persekitaran, Pengurusan Bencana, Bahaya Kebakaran dan sebagainya. Siratan-siratan lain akan dimuatkan dalam satu blog baru yang menggunakan alamat seperti berikut;
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Selamat berkunjung ke blog-blog saya ini. Buat sementara waktu, blog OSH mungkin akan berehat seketika untuk tujuan permindahan siratan-siratan bagi tahun 2008 ke blog baru. Siratan-siratan yang disiratkan dalam tahun 2007 akan dikekalkan dalam weblog asal ini.
Sekian, dimaklumkan.
lukmanw@uum.edu.my
17
March 2008 Monday @ 12:59:03 pm
Mengapa perlu bahan banyak bahan bercetak?
Mengapa perlu bahan banyak bahan bercetak?
Tong sampah dekat tapak Pasar Malam Kamunting pada hari Ahad lepas sendat dengan bendera-bendera parti politik. Yang menarik, bendera dan sepanduk BN di dalam satu tong, manakala bendera dan sepanduk PAS pula di dalam satu tong yang lain! Sudah jadi sampahpun tak mahu ”bersatu”!
Berikut adalah catatan seorang blogger mengenai ”Pilihanraya dan Alam”. Mungkin kita boleh berkongsi catatannya. Disiarkan semula dengan kebenaran penulis asal.
lukmanw@uum.edu.my
http://thejourney.weblog.uum.edu.my/
PRU12 - Satu PRU Yang Penuh Pengajaran
Salam...
1. Awat banyaknya bendera
"Waaaaaaaaaaa..banyaknya bendera? Ni merdeka ke anjang? Tanya anak sedara saya Danial.
"Awat depa gantung surat khabaq" ulas Danial yang baru berusia 4 tahun. Surat khabaq yang beliau maksudkan ialah poster calon-calon yang digantung. "awat ada macam-macam bendera, merah, putih, hijau macam-macam" dia yang memang banyak mulut bertanya macam-macam soalan pada saya dan adik.
Itu reaksi pertama seorang anak kecil ketika melihat perang bendera dan poster bermula. Saya dan adik melayan setiap pertanyaan sambil ketawa. Kami sempat bertanya pada anak kecil itu, "Cuba tunjuk bendera mana yang cantik". "Tu...yang cantik sangat" anak kecil yang petah itu menjawab. Bendera dari parti manakah yang dikatakan cantik itu? Jawapannya : Biarlah rahsia...:-)
2. Pilihanraya Dan Alam
Semasa mencuci mata merenung buloh-buloh yang digunakan sebagai medium menggantung bendera dan merentang poster. Saya terfikir berapa ribukah bamboo / buloh yang dipotong. Melihat segala bahan yang digunakan semasa kempen sebelum pilihanraya mengingatkan saya kepada sekeping kad yang dikirim oleh seorang teman. Peringatan tentang calon PRU dan sensitiviti mereka terhadap alam. Didalam kad itu, saya diajak berfikit tentang berapa banyak kertas, plastik, tali dan pelbagai bahan digunakan untuk PRU ini.
Pernahkah kita terfikir perasaan "alam" terhadap PR ini. Kita barangkali sangat gembira dengan keputusan PR kali ini yang sangat istimewa berbanding keputusan sebelum ini. Namun alangkah molek jika hak alam juga ditunaikan. Re-cycle lah apa yang patut dan bersihkan "bahan-bahan" yang akan mencemar alam. Masih banyak yang belum dibersihkan hingga hari ini. Barangkali masing-masing masih keletihan...:-)
3. Semoga YB Baru Yang Terpilih Mesra Alam
Semoga semua YB yang dipilih oleh rakyat dalam PRU 12 ini lebih mesra alam. Selagi lagi tahniah. Semoga pertolongan dari insan, makhluk lain, alam dan Allah sentiasa bersama kalian.
jzkk
Roha Hassan
http://rohahassan.blogspot.com/
14
March 2008 Friday @ 11:38:07 pm
Perlepasan Tanggungjawab dari segi OSH
Perlepasan Tanggungjawab dari segi OSH

Kewajipan majikan dalam Akta OSH dinyatakan jelas meliputi pekerja dan juga mereka yang selain dari pekerja tetapi berada di dalam premis seperti pelawat, kontraktor, pembekal, dan sebagainya.
Adakah penyataan perlepasan tanggungjawab oleh pemilik bangunan seperti mempamerkan penyataan mereka (pemilik bangunan) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan yang mungkin boleh berlaku di dalam bangunan dan premis mereka?
Hotel umpamanya, memiliki kolam renang yang terbuka kepada pelanggannya untuk menggunakan kemudahan ini. Sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa seorang kanak-kanak di dalam kolam renang dewasa sedalam dua meter, dan semasa kemalangan tiada pertugas hotel di kawasan renang yang bertanggungjawab terhadap keselamatan kolam, siapakah yang perlu dipertanggungjawab dalam situasi ini?
Saya difahamkan DOSH Putrajaya sertamerta berkunjung ke sebuah hotel lima bintang di Putrajaya pada tahun lepas apabila anak kecil salah seorang penghuni hotel tersebut mati lemas di dalam kolam. Bagaimanapun saya tidak pasti apakah tindakan susulan DOSH dalam kejadian ini.
lukmanw@uum.edu.my
thejourney.weblog.uum.edu.my
11
March 2008 Tuesday @ 10:24:24 pm
Perlepasan Tanggungjawab, siapa yang harus dipertanggungjawab
Perlepasan Tanggungjawab, siapa yang harus dipertanggungjawab

Seorang peguam yang juga rakan baik saya memberitahu, jika sesiapa yang ingin melihat penyataan undang-undang berbentuk perlepasan mutlak yang mudah dan ringkas, bolehlah merujuk di belakang kad atau resit tempat letak kereta.
Penyataan itu boleh diperjelaskan iaitu anda (sebagai pengguna tempat kereta) dihendaki membayar perkhidmatan seperti yang dinyatakan. Sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang menyebabkan kenderaan anda ataupun apa-apa hak milik di dalam kenderaan anda, rosak atau hilang dan sebagainya, pemilik atau pengusaha tempat letak kereta tersebut tidak boleh dipertanggungjawabkan. Ini bukan sahaja berkaitan dengan perbuatan manusia tetapi meliputi bencana alam, seperti banjir, runtuhan dan sebagainya.
Seorang rakan lain membuat andaian, perbezaan anda meletak meletak kenderaan di tempat berbayar dengan di kaki lima jalan raya hanyalah anda mempunyai tiket atau resit kereta. Meletak kenderaan di kaki lima mungkin anda perlu membayar kepada ”ulat pengutip wang letak kenderaan haram” atau nasib anda kurang baik mungkin disaman oleh penguatkuasa tetapi risiko lain adalah sama.
Dimanakah Akta OSH di bawah tanggungjawab majikan atau pemilik premis (bangunan) boleh digunapakai dalam situasi ini?
lukmanw@uum.edu.my
thejourney.weblog.uum.edu.my
05
March 2008 Wednesday @ 5:28:19 pm
Plihan saya, pilihan isteri saya, pilihan anak saya dan pilihan kami sekeluarga
Bukan pilihan calon pilihanraya tetapi plihan kami sekeluarga di Pasar Malam
(dengan spesifikasi tersendiri)

Siapa kata kami sekeluarga ”sehati-sejiwa”? Ada kalanya cita-rasa kami berbeza tapi tetap berkongsi ”mencubit” sesedap rasa.
Saya;
-
Nasi Kerabu (mesti ada telur masin, cabai salo dan daging pangang)
-
Popiah Basah
-
Air Kelapa (tanpa gula, tanpa ais)
Isteri;
-
Ayam Goreng Tepung (Bahagian bertulang dan pedal)
-
Popiah Goreng
-
Laksa (tambah telur rebus, sambal tumis tauhu dan hirisan nenas mentah)
-
Kopi-O-Ais
Anak;
-
Ayam Goreng Berempah (peha)
-
Nasi Goreng (telur mata kerbau yang suku masak – masih menangis!)
-
Roti John atau Roti Pita
-
Milo Ais (tak penuh jemu-jemu!)
Pilihan Bersama;
-
Murtabak atau Samosa (murtabak mini)
-
Rojak Buah (tambah sotong basah celur atau Char Kueh lebih)
-
Cucuk-cucuk @ steamboat/sate celup
-
Jagung Rebus atau Bakar
-
Kacang Rebus / kacang kuda (kudapan)
*Nota kecil; tidaklah bermakna semua makanan ini kami beli setiap kali ke pasar malam!
lukmanw@uum.edu.my
http://thejourney.weblog.uum.edu.my